Produk Tempatan Di Terengganu

 

 

Di Kelantan dan Terengganu, sebuah negeri kaya dengan ulam-ulaman seperti petai,pegaga,pucuk gajus, dan sebagainya,menurut cerita orang tua-tua,Sos budu di hasilkan untuk memberi satu rasa dalam menikmati ulam-ulaman tersebut.tanpa budu sebagai pencicah tidak sedap menikmati ulam tersebut.Bila tiba musim durian pula akan menambahkan isi durian didalam budu bagi menyelerakan lagi santapan.Dalam menghasilkan Sos bilis yang super,pemilihan ikan bilis juga harus di titik beratkan,yerlakan Sos sedap mesti bahan yang di gunakan tu berkualiti . Pada zaman dulu,Sos Bilis dihasilkan hanya berskala kecil sahaja,dengan menggunkan tempayan,sos budu yang dihasilkan akan di biarkan selama 1 bulan,tapi sekarang Sos Ikan bilis ni sudah di komiselkan di peringkat kebangsaan di bawah produk IKS.Maka untunglah para pengusaha Sos Bilis tu.Bukan setakat itu sahaja,dengar-dengar cerita Sos Bilis ni,sudah diambil oleh para saintis jepun untuk menghasilkan Vaksin Kanser.Sos Budu juga sedap di makan dengan mangga yang belum masak dan  mangga juga boleh di jadikan sebagai  ulam untuk membuka selera.

   Batik berasal daripada perkataan jawa "amba" yang bermaksud tulis dan "nitik" yang membuat titik .Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik . Batik terdapat dalam pelbagai bentuk , antaranya adalah batik tulis , batik skrin , dan batik terap . Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun , kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria . Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon , Mali dan Nigeria atau di Asia seperti Bangladesh , India , Indonesia , Iran , Malaysia , Sri Langka dan Thailand . Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara . Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa beubah-ubah .

Batik ialah salah satu bidang kraftangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna. Sejarah perkembangan batik di Malaysia dipercayai bermula pada abad ke 15 Masehi. Perkembangan awal memperlihatkan kesan dan pengaruh batik daripada jawa. Mulai tahun 1930-an hingga selepas Perang Dunia Kedua, perusahaan batik di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Para pengusaha batik di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada perkembangan batik di negara ini. Hasil-hasil batik tempatan tinggi mutu ciptaan dan rekacoraknya. Ini melambangkan satu kemahiran kerjatangan yang kreatif di kalangan pembuat-pembuat batik tanah air. Daya tarikan batik bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tempatan malah ia turut mendapat sambutan dari pelancong-pelancong asing yang datang dari luar negeri.

Di Malaysia, batik dihasilkan melalui beberapa teknik, proses dan gaya tertentu, Salah satu teknik ialah Batik Blok. Di Pantai Timur ia lebih dikenali sebagai Batik Cap atau Batik terap. Proses awal dalam perkembangan membuat Batik Blok adalah menggunakan ukiran sarang blok kayu untuk mengecap sejenis bahan pewama hitam semulajadi. Teknik awal ini dipanggil ‘Terap Hitam’. Pada tahun 1920-an, penggunaan lilin di dalam proses penerapan mula diperkenalkan oleh pembuat batik di Pantai Timur.Sejajar dengan itu, blok-blok yang diperbuat daripada kepingan keluli mula mengambil alih tugas Kegunaan Kain Batik Blok

Kain Batik Blok merupakan kegemaran penduduk tempatan. Ianya dijadikan sebagai kain batik sarung dan batik ela. Selain dijadikan pakaian, kain batik ela boleh diubahsuai untuk menghasilkan kain cadar, langsir, alas tilam, sarung kusyen, sarung bantal, beg tangan dan berbagai-bagai jenis barang kegunaan seharian yang indah dan cantik.

Motif dan Rekacorak Hiasan

Motif-motif yang sering digunakan pada kain batik blok adalah berupa corak tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan seperti Bunga Mawar, Bunga Orkid, Bunga Cengkih, Bunga Cina, akar-akar menjalar, paku-pakis dan corak-corak geometrik terutamanya motif Pucuk Rebung. Motif-motif ini pula diterapkan dalam berbagai susunan dan tataletak, seperti melintang, tegak, serong, tompok-tompok dan susunan batu-bata.

blok kayu sebelumnya. Corak-corak blok keluli ini lebih kemas dan halus buatannya. Blok-blok khas disediakan untuk menerap lilin pada bahagian Kepala Kain, Kapit Kain dan Badan Kain