USAHAWAN 2  - usahawan online menjual pelbagai baju kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 8 tahun.

Nama        

: Che Nurul Farah Ana Binti Che Razali

Umur

: 28 Tahun

Ahli

: 2011

 

Latar belakang

Che Nurul Farah Ana Binti Che Razali mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak tahun 2019. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, beliau telah mula menambah modal dan mempunyai banyak stok pakaian kanak-kanak dan beliau telah mula membuat promosi dan jualan secara live di platform facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di Laman Sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual. Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 300 - RM 880.

 

Celik IT- Muhammad Haziq Rizqullah Bin Irwanyudi

Nama        

: Muhammad Haziq Rizqullah Bin Irwanyudi

Umur

:13 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Muhammad Haziq Rizqullah Bin Irwanyudi merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai. Beliau telah mula datang ke PEDi pada usia 10 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak mengunjungi PEDi kerana sering membuat kerja sekolah di PEDi. Beliau sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PEDi menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PEDi untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.