USAHAWAN 2  - usahawan menjual pelbagai kek dan pastri

Nama        

: Nor Ashima Binti Roslin

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2011

 

Latar belakang

Nor Ashima Binti Roslin mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan kek dan Pastri secara reseller sejak tahun 2020. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, perniagaan beliau agak maju dan memberangsangkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM20 – RM70 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di Laman Sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual. Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100 - RM 500.

 

 

Celik IT- Muhammad Hakim Bin Irwanyudi

Nama        

: Muhammad Hakim Bin Irwanyudi

Umur

:16 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Muhammad Hakim Bin Irwanyudi merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai. Beliau telah mula datang ke PEDi pada usia 12 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak mengunjungi PEDi kerana sering membuat kerja sekolah di PEDi. Beliau sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PEDi menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PEDi untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.