USAHAWAN KECIL DALAM BIDANG IKS-CILI GILING 

Nama

:KARIMAHANI BINTI MAMAT

Umur

: 49 tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Karimahani mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan runcit sejak tahun 2014 lagi. Beliau membantu keluarga menambahkan pendapatan dengan mengusahakan perniagaan ini sehingga dikenali ramai dan perniagaan beliau telah maju. Beliau mempunyai sebuah kilang kecil berhampiran rumahnya untuk memproses cili giling.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 60-150 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh kampung di Kuala Besut yang mana mereka mengetahui produk cili giling  melalui facebook tersebut.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1500 - RM 2500.

 USAHAWAN ONLINE DALAM BIDANG KESIHATAN DAN KECANTIKAN

Nama

:SHAIRAH BT OTHMAN

Umur

:32 Tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan shairah telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan online pada awal tahun 2014

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM350 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM350 – RM1000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 40 orang.

 

CELIK IT - Muhammad Syakiram Daniel Bin Zamri

Nama

 

: Muhammad Syakiram Daniel Bin    Zamri

Umur

:11 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Muhammad Syakiram merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal di Kg.Alor Jejawi. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI1M sejak awal tahun 2017.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mahir dan mempunyai pengetahuan asas sahaja tentang dunia ICT. Dia mula belajar menggunakan komputer seacra perlahan-lahan selepas kerap ke PI1M dan menyertai latihan asas komputer secara percuma.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI1M menggunakan komputer. Beliau telah menyertai beberapa kelas asas pengenalan komputer dan Microsoft office. Beliau tidak dapat mengikuti kelas dengan kerap kerana sebagai seorang pelajar dia tidak mempunyai masa dan hanya waktu cuti sekolah sahaja boleh hadir ke PI1M. Jika ada masa lapang dia akan ke PI1M untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah. Beliau telah menghadiri kelas Pengenalan asas komputer dan mengenal setiap fungsi perkakasan komputer. Selepas tamat latihan beliau telah mahir mengenal setiap perkakasan dan fungsi komputer.