USAHAWAN KECIL DALAM BIDANG HIASAN DALAMAN RUMAH

Nama        

:ZUHIRAN BT ABD RAHMAN

Umur

: 46 tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Zuhiran mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak tahun 2015 lagi. Beliau membuka kedai yang diberi nama Tunas Jaya yang terletak di Kuala Besut. Beliau menyediakan perkhidmatan gubahan bunga dan menjual bunga yang telah siap digubah. Beliau juga menjual produk untuk hiasan dalaman rumah seperti tempat letak kunci, meja, almari, alas meja cotton patchwordk dan pasu bunga yang mempunyai corak/rekabentuk yang sangat menarik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 40-80 orang sahaja.Dahulu beliau hanya pergi dari rumah ke rumah sahaja untuk promosikan produk beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh kampung di Kuala Besut dan Gong Kepas di  mana mereka mengetahui produk tersebut melalui facebook Zu Rahman.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1000 - RM 2000

USAHAWAN KECIL DALAM BIDANG MAKANAN BASAH DAN BARANGAN RUMAH

Nama        

:NUR NORUL AIZA BT CHE ALI

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Aiza telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan online pada awal tahun 2014.Beliau merupakan usahawan online produk Cadar Pathwork, Set Pinggan Mangkuk, Periuk Tekanan Elelktrik, Kain sembahyang Siti Aisyah, Kek Kukus Buah dan Perencah masakan.Disamping itu beliau menjual produk beliau dari rumah ke rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau mengenali ICT ini Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10– 20 orang sahaja.Beliau menggunakan kaedah jualan dari program amanah,dan dari rumah ke rumah yang berhampiran dengan rumah beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM1000 – RM25000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 70 orang.

CELIK IT - Muhammad Syakiram Daniel Bin Zamri

Nama        

:NUR SYAMIIMI BT HARUN

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Nur Syamimi merupakan seorang Belia yang  tinggal di Kg.Pengkalan Nyireh. Dia telah mula berkunjung ke PI1M sejak awal tahun 2016.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dan mempunyai pengetahuan asas sahaja tentang komputer Dia mula belajar secara serius selepas kerap ke PI1M dan menyertai latihan pelbagai latihan/modul komputer secara percuma.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi komputer., dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI1M menggunakan komputer. Beliau telah menyertai beberapa kelas asas pengenalan komputer, Microsoft office, E-pembelajaran, Klik dengan Bijak dan sebagainya. Beliau tidak dapat mengikuti kelas dengan kerap kerana sebagai seorang surirumah, beliau tidak mempunyai masa untuk hadir ke PI1M . Jika ada kelapangan, dia akan ke PI1M untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.Beliau juga adalah seorang usahawan yang baru-baru berjinak menjual produk secara online. Disebabkan itulah, beliau merasakan diri perlu mempunyai kemahiran di dalam pemasaran secara online.