USAHAWAN KECIL PUSAT TUISYEN BERDAFTAR

Nama        

:Siti Rokiah Bt Othman

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Siti Rokiah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2014 lagi.Sebuah Pusat Tuisyen yang berdaftar menyediakan perkhidmatan Tuisyen Akademik, Tuisyen Individu, Home Tuisyen, Kelas Cepat Membaca, Bengkel Bijak Sifir, Home Quran, Math Porgramme dan Qalbu Quran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000  sahaja sebulan. Jumlah pelajar yang berdaftar setiap bulan adalah anggaran seramai 10 - 20 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi kepada ibubapa tentang Perkhidmatan Tuisyen tersebut.Kini pelajar yang telah berdaftar di sekitar Kuala Besut/ Kota Putera/ Jerteh dan Pasir Puteh di mana mereka mengetahui perkhidmatan Tuisyen ini melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2500 - RM 5000.

 

USAHAWAN KECIL ONLINE & PENGUSAHA CAFE

Nama        

:Othman Bin Othman

Umur

: 63 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

En Othman telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada Jun 2018.Beliau adaah Usahawan Anak Pantai Café yang menyediakan pelbagai Menu makanan tempatan & western kepada penduduk sekitar. Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga yang baru diusahakan pada Jun tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Restoren beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM300 – RM1200 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 25 – 50 orang.

 

CELIK IT -Tuan Bibi Asma Bt Tuan Ludin

Nama        

:Tuan Bibi Asma Bt Tuan Ludin

Umur

:18 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Tuan Bibi Asma’ Bt Tuan Ludin merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI. Dia telah mula menggunakan PI sejak penubuhan PI lagi. Semasa itu, beliau masih kecil dan bersekolah rendah. Sekarang, beliau merupakan seorang pelajar IPTS  di sebuah Kolej Swasta di Kuala Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak beliau meyambung pengajian, beliau sering datang ke PI apabila cuti untuk menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja kursus dan mencari bahan tentang pengajian beliau. Beliau juga tidak mahir menggunakan beberapa aplikasi seperti Microsoft Office, Internet dan beberapa aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali balik ke kampung untuk menyiapkan tugasan, beliau akan ke PI untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas PI. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer. Beliau juga telah berpeluang mengikuti latihan E-rezeki di PI. Melalui latihan ini, beliau mampu untuk menjana pendapatan secara atas talian.