USAHAWAN KECIL 1 MENJUAL BARANGAN KOSMETIK,SURPRISE DELIVERY DAN LAIN-LAIN

Nama        

:Mazelin Binti Daud

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2013

 

LATAR BELAKANG

Puan Mazelin Bt Daud mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2012 lagi. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara online/dari rumah ke rumah. Kini, beliau telah melebarkan perniagaan dengan membuka sebuah kedai  butik yang terletak di Pachakan Kuala Besut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000  sahaja sebulan. Jumlah pelajar yang berdaftar setiap bulan adalah anggaran seramai 10 - 20 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual di Kedai Anggun Bestari Boutique Café Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1200 - RM 4000.

USAHAWAN KECIL 2 DALAM PELBAGAI PEMBAIKAN BARANG ELEKTRONIK

Nama        

:Mohd Ikhwan Bin Jaafar

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2009

 

LATAR BELAKANG

En Mohd Ikhwan telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan membaiki telefon sejak tahun 2014 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Kedai Gadget Fix Kuala Besut. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM400 – RM2000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 50 orang.

CELIK IT

Nama        

:Che Muhammad Khairul Aiman Bin Che Le Mohd

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Che Muhammad Khairul Aiman merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI. Dia telah mula menggunakan PI sejak 2012. Semasa itu, beliau masih kecil. Sekarang, beliau telah berumur 15 tahun.Beliau merupakan seorang orang kurang keupayaan (OKU) kategori Masalah Pembelajaran dan mempunyai kad OKU. Kini beliau masih bersekolah di SK Kuala Besut di kelas pendidikan khas. Tetapi beliau boleh membaca dan menulis walau tidak berapa mahir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau selalu ke PI untuk menggunakan computer bersama kawan-kawan beliau pada masa lapang. Beliau selalu menggunakan beberapa aplikasi apabila menggunakan computer di sini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan aplikasi youtube dan beberapa aplikasi lain.