USAHAWAN 1  - USAHAWAN ONLINE

Nama        

:Suziela Bt Mat Ripi

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2009

 

Latar belakang

Puan Suziela Binti Mat Ripi telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan produk kecantikan bermula pada tahun 2019 dan sehingga kini.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM350 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 – 15 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk produk kecantikan kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan produk Fafa lipmate . Kini, pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM350 – RM2000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 50 orang. Kini, beliau telah dinaikkan pangkat dan menjadi Stokis Fafa Lipmate dan mempunyai seramai 10 orang agen di bawah pasukan beliau.

 

USAHAWAN 2  - USAHAWAN CAFE SECARA ONLINE & OFFLINE

Nama        

:Mohd Syarafuddin Bin Othman

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2009

 

Latar belakang

Encik Mohd Syarafuddin mula menceburkan diri di dalam perniagaan makanan Western Food yang diberi nama Anak Pantai Cafe (APC) ini adalah hasil cetusan dan idea keluarganya. Beliau mencuba pasaran makanan ini terhadap masyarakat sekeliling. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2017 dan sehingga kini.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM700  sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 15 – 25 orang sahaja.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan perniagaan makanan Western Food yang diberi nama Anak Pantai Cafe (APC) kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi Anak Pantai Cafe (APC). Kini beliau telah mempunyai ramai pelanggan tetap dari sekitar kawasan Kuala Besut, Kg Raja dan Jerteh. Mereka mengetahui Anak Pantai Cafe (APC) melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 700 - RM 3000.

Celik IT-Syahiran Binti Razali

Nama        

:Syahiran Binti Razali

Umur

:23 Tahun

Ahli

: 2009

Latar belakang

Syahiran Binti Razali merupakan seorang pelajar  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Teknologi Permainan Digital. Beliau telah mula datang ke PI pada usia 12 tahun.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PI. Beliau juga merupakan salah seorang komuniti yang sering membantu setiap kali program diadakan. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali balik ke kampung untuk menyiapkan tugasan, beliau akan ke PI untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas PI. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer. Beliau akan menamatkan pengajian pada tahun hadapan di dalam bidang Teknologi Permainan Digital.