USAHAWAN 1  - KEDAI RUNCIT KAK LYNN

Nama        

:Mazelin Binti Daud

Umur

: 35 Tahun

Ahli

: 2013

Latar belakang

Puan Mazelin Bt Daud mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari awal Januari 2021. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, beliau telah mula menambah pelbagai barang basah dan keperluan asas dapur dan mula mempromosikan kedai beliau di media social.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM300 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di Laman Sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual di Kedai Basah Kak Lyn.  Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500 - RM 2000.

USAHAWAN 2  -Usahawan online Produk kurus Herba Kurus Tradisi

Nama        

:Samiha Binti Ishak

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: 2013

Latar belakang

Puan Mieha telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan online Herba Kurus Tradisi (HKT)  pada tahun awal 2021.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM250 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 – 10 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM1000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang.

Celik IT-Nur Saidatul Syuhada Zakaria

Nama        

:Nur Saidatul Syuhada Zakaria

Umur

:13 Tahun

Ahli

: 2020

Latar belakang

Nur Saidatul Syuhada Zakaria merupakan seorang ahli Pusat Internet Kg Pantai. Beliau telah mula datang ke PI pada usia 10 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak mengunjungi PI kerana sering membuat kerja sekolah di PI. Beliau sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PI. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PI untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.