USAHAWAN KECIL 1 -Munie's Beauty & Spa

Nama        

:Murni Idayu Bt Shafie

Umur

: 34 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Murni Idayu mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2014 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000  sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di salun adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 20 - 30 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan salun/spa kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi salun kecantikan beliau kepada masyarkat setempat.

Kini beliau mempunyai ramai pelanggan  dari sekitar Kuala Besut/ Kota Putera/ Jerteh dan Pasir Puteh di mana mereka mengetahui perkhidmatan spa kecantikan ini melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1500 - RM 5000.

USAHAWAN KECIL 2 -Sinar Marsya Bakery & Pes Tomyam

Nama        

:RAHAYU BT ALI

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Rahayu telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan Restoren 2009 dan kemudian beralih kepada homebaker pada Jun 2010

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 – 50 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk pes tomyam kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Pes Tomyam. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM500 – RM3000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50 – 200 orang.

Celik IT- Nur Izulaifa Bt Mat Yusof

Nama        

Nur Izulaifa Bt Mat Yusof

Umur

11 Tahun

Ahli

: 2019

Latar belakang

Nur Izulaifa Bt Mat Yusof merupakan seorang pelajar  tahun 5 di Sek Keb Kuala Besut. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI pada usia 10 tahun lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1

Pertama kali dia mengunjungi PI semasa berumur 10 tahun lagi. Pada masa itu, dia memang “BUTA IT” dan tidak tahu langsung menggunakan komputer apatah lagi ingin membuka “on/off” komputer. Dia mula belajar menggunakan Komputer selepas kerap ke PI dan menyertai latihan komputer secara percuma. Daripada situlah dia mula belajar bersama rakan-rakan yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan computer. Kekerapannya menggunakan computer telah menjadikannya mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Walaupun dia baru darjah dua, tetapi dia mampu menggunakan computer dengan melayari internet dengan baik. Dia sering melihat youtube, bermain atas talian dan mendengar lagu. Jika ada masa lapang dia sering ke PI untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.

 

 

USAHAWAN KECIL 1 -MENJUAL MAKANAN BASAH IAITU SATA IKAN FROZEN HOMEMADE YANG SESUAI DIBUAT INTI POPIA,SOLOK LADA/BERGEDIL CELUP TELOR DAN SEBAGAINYA.

Nama        

:Wan Rusiah Bt Wan Ramli

Umur

: 47 Tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Wan Rusilah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2016 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700  sahaja sebulan. Jumlah pakej yang ditempah oleh pelanggan bulanan adalah 12-25 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook /blog /Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan sata ikan frozen homemade.

Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh sekitar Kuala Besut /Kg Raja & Jerteh yang mana mereka mengetahui sata ikan yang sedap dan murah melalui facebook/Instagram dan laman blog. Kini, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 700 - RM 1500.

USAHAWAN KECIL 2 -USAHAWAN ONLINE KOSMETIK DAN KEDAI RUNCIT

Nama        

:HASLINDA BT RAMLI

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Puan Linda telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada Januari 2015

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM350 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook, blog dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM350 –1500 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 100 orang.

CELIK IT -PATIMAH BT DARUS

Nama        

: PATIMAH BT DARUS

Umur

: 69 Tahun

Ahli

: 2013

 

Latar belakang

Patimah Bt Darus merupakan seorang pengunjung warga emas. Beliau telah mula menggunakan PI pada sejak penubuhan PI lagi. Jika beliau mempunyai masa lapang, beliau akan berkunjung ke PI untuk mengisi masa lapangnya.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau agak jarang datang ke PI kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jika beliau sihat dan mempunyai kelapangan, Beliau akan ke PI dan meminta petugas membimbing beliau untuk menggunakan computer seperti mendengar dan belajar mengaji Al-Quran dan alunan zikir.Beliau seorang yang tidak malu bertanya dan rajin belajar perkara yang baru.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai beberapa aplikasi. Daripada situlah, beliau telah banyak belajar dan tahu menggunakan beberapa jenis aplikasi komputer. Beliau sering ke PI menggunakan aplikasi Youtube untuk mendengar ceramah agam, belajar mengaji dan mendengar lagu nasyid.

USAHAWAN KECIL 1 MENJUAL BARANGAN KOSMETIK,SURPRISE DELIVERY DAN LAIN-LAIN

Nama        

:Mazelin Binti Daud

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2013

 

LATAR BELAKANG

Puan Mazelin Bt Daud mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2012 lagi. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara online/dari rumah ke rumah. Kini, beliau telah melebarkan perniagaan dengan membuka sebuah kedai  butik yang terletak di Pachakan Kuala Besut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000  sahaja sebulan. Jumlah pelajar yang berdaftar setiap bulan adalah anggaran seramai 10 - 20 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual di Kedai Anggun Bestari Boutique Café Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1200 - RM 4000.

USAHAWAN KECIL 2 DALAM PELBAGAI PEMBAIKAN BARANG ELEKTRONIK

Nama        

:Mohd Ikhwan Bin Jaafar

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2009

 

LATAR BELAKANG

En Mohd Ikhwan telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan membaiki telefon sejak tahun 2014 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Kedai Gadget Fix Kuala Besut. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM400 – RM2000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 50 orang.

CELIK IT

Nama        

:Che Muhammad Khairul Aiman Bin Che Le Mohd

Umur

: 15 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Che Muhammad Khairul Aiman merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI. Dia telah mula menggunakan PI sejak 2012. Semasa itu, beliau masih kecil. Sekarang, beliau telah berumur 15 tahun.Beliau merupakan seorang orang kurang keupayaan (OKU) kategori Masalah Pembelajaran dan mempunyai kad OKU. Kini beliau masih bersekolah di SK Kuala Besut di kelas pendidikan khas. Tetapi beliau boleh membaca dan menulis walau tidak berapa mahir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau selalu ke PI untuk menggunakan computer bersama kawan-kawan beliau pada masa lapang. Beliau selalu menggunakan beberapa aplikasi apabila menggunakan computer di sini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan aplikasi youtube dan beberapa aplikasi lain.

USAHAWAN KECIL 1 -MENJUAL BARANGAN  MELALUI ONLINE

Nama        

:Shezal Helindah Bt Halim

Umur

: 38 tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Helindah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2016 lagi.Beliau Menjual produk secara online dan offline (Produk Kecantikan, Produk Kosmetik,  kesihatan dan Makanan Kering)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 7-20  orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/Instagram/blog untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau telah dikenali ramai di mana mereka mengetahui produk yang diiklanka melalui facebook/Instagram/blog tersebut..Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM800.

USAHAWAN KECIL 2 -MENJUAL BARANGAN  MELALUI ONLINE DAN OFFLINE MENJUAL KEK

Nama        

:Nor Maslia Binti Mohamed

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Puan Maslia telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada akhir tahun 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM250 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10 – 12 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook, Instagram dan juga blog untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM700 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 35 orang.

CELIK IT -Nur Alia Humairah Bt Zulkifli

Nama        

:Nur Alia Humairah Bt Zulkifli

Umur

: 8 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Nur Alia Humairah Bt Zulkifli merupakan seorang pelajar  tahun 2 di Sek Keb Kuala Besut. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI1M pada usia 6 tahun lagi.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1

Pertama kali dia mengunjungi PI semasa berumur 6 tahun lagi. Pada masa itu, dia memang “BUTA IT” dan tidak tahu langsung menggunakan komputer apatah lagi ingin membuka “on/off” komputer. Dia mula belajar menggunakan Komputer selepas kerap ke PI dan menyertai latihan komputer secara percuma. Daripada situlah dia mula belajar bersama rakan-rakan yang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan computer. Kekerapannya menggunakan computer telah menjadikannya mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Walaupun dia baru darjah dua, tetapi dia mampu menggunakan computer dengan melayari internet dengan baik. Dia sering melihat youtube, bermain atas talian dan mendengar lagu. Jika ada masa lapang dia sering ke PI untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.

USAHAWAN KECIL PUSAT TUISYEN BERDAFTAR

Nama        

:Siti Rokiah Bt Othman

Umur

: 35 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Siti Rokiah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2014 lagi.Sebuah Pusat Tuisyen yang berdaftar menyediakan perkhidmatan Tuisyen Akademik, Tuisyen Individu, Home Tuisyen, Kelas Cepat Membaca, Bengkel Bijak Sifir, Home Quran, Math Porgramme dan Qalbu Quran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000  sahaja sebulan. Jumlah pelajar yang berdaftar setiap bulan adalah anggaran seramai 10 - 20 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi kepada ibubapa tentang Perkhidmatan Tuisyen tersebut.Kini pelajar yang telah berdaftar di sekitar Kuala Besut/ Kota Putera/ Jerteh dan Pasir Puteh di mana mereka mengetahui perkhidmatan Tuisyen ini melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2500 - RM 5000.

 

USAHAWAN KECIL ONLINE & PENGUSAHA CAFE

Nama        

:Othman Bin Othman

Umur

: 63 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

En Othman telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada Jun 2018.Beliau adaah Usahawan Anak Pantai Café yang menyediakan pelbagai Menu makanan tempatan & western kepada penduduk sekitar. Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga yang baru diusahakan pada Jun tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM150 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Restoren beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM300 – RM1200 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 25 – 50 orang.

 

CELIK IT -Tuan Bibi Asma Bt Tuan Ludin

Nama        

:Tuan Bibi Asma Bt Tuan Ludin

Umur

:18 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Tuan Bibi Asma’ Bt Tuan Ludin merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI. Dia telah mula menggunakan PI sejak penubuhan PI lagi. Semasa itu, beliau masih kecil dan bersekolah rendah. Sekarang, beliau merupakan seorang pelajar IPTS  di sebuah Kolej Swasta di Kuala Terengganu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak beliau meyambung pengajian, beliau sering datang ke PI apabila cuti untuk menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja kursus dan mencari bahan tentang pengajian beliau. Beliau juga tidak mahir menggunakan beberapa aplikasi seperti Microsoft Office, Internet dan beberapa aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali balik ke kampung untuk menyiapkan tugasan, beliau akan ke PI untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas PI. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer. Beliau juga telah berpeluang mengikuti latihan E-rezeki di PI. Melalui latihan ini, beliau mampu untuk menjana pendapatan secara atas talian.