USAHAWAN KECIL ONLINE-BIDANG PERLANCONGAN

Nama        

:Che Salwa Bt Che Johan

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Puan Che Salwa mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2016 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000  sahaja sebulan. Jumlah pakej yang ditempah oleh pelanggan bulanan adalah 6-15 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi pakej ke Pulau Perhentian.Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh negeri negeri yang mana mereka mengetahui prakej yang sangat murah dan menarik melalaui facebook/Instagram tersebut.pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2000 - RM 5000.

 

USAHAWAN KECIL ONLINE-BARANGAN KOSMETIK

Nama        

:Noranida Bt Salahudin

Umur

: 25 tahun

Ahli

: 2018

 

LATAR BELAKANG

Cik Nora telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada Januari 2018

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10 – 12 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM800 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 35 orang.

CELIK IT - Wan Rosidah Bt Wan Yusof

Nama        

: Wan Rosidah Bt Wan Yusof

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Wan Rosidah Bt Wan Yusof merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI1M. Dia telah mula menggunakan PI1M pada sejak penubuhan PI1M lagi. Beliau merupakan seorang guru KAFA. Kemudian, beliau meyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Syariah secara PJJ di OUM.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak beliau meyambung pengajian di OUM beliau semakin kerap datang ke PI1M untuk menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja kursus dan mencari bahan tentang pengajian beliau. Sebelum PI1M wujud, beliau seringkali mengalami masalah untuk menyiapkan kerja dan tugasan beliau. Beliau juga tidak mahir menggunakan beberapa aplikasi seperti Microsoft Office, Internet dan beberapa aplikasi lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI1M menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali balik ke kampung untuk menyiapkan tugasan, beliau akan ke PI1M untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas PI1M. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer. Selepas tamat belajar, beliau telah bekerja dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai hobi dan mengisi masa lapang. Beliau ke PI1M untuk mempelajari teknik pemasaran secara online menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.