Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Pantai

 

 

          PEDi Kg Pantai merupakan inisiatif dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibawah projek kerajaan iaitu program pemberian perkhidmatan sejagat (PPS). Projek ini dilaksanakan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi,antaranya syarikat Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama MSD Digital Intelligent Sdn Bhd dengan menfokuskan pemberian perkhidmatan jalur lebar ke luar bandar. Sebanyak 8 buah Pusat Internet Malaysia telah ditubuhkan di Besut dan di pecahkan kepada 2 fasa. Fasa pertama-X dan fasa empat. Fasa 1-X merangkumi  Kg Jabi, Kg Alor Lintang, Kg Pantai dan Seberang Jerteh. Manakala Fasa keempat adalah kg Pasir Akar, kg Anak Musang, Kg Tembila dan Kg Keruak. Ia ditubuhkan  bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

          PEDi Kg Pantai merupakan fasa 1 yang telah ditubuhkan pada 4 Januari 2009 dan mula beroperasi pada 4 April 2009. Terletak berhampiran Jeti ke Pulau Perhentian dan Berdekatan dengan Tadika dan Taska Kg Pantai. Dahulu, Pusat Intenet  Kg Pantai  dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) dan pada julai 2012, nama Pusat Jalurlebar Komuniti (PJK) telah ditukarkan kepada Pusat Internet  (PI) Kg Pantai.

     Sebelum PEDi Kg Pantai mula ditubuhkan, tapak yang telah digunakan sekarang merupakan balai raya Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung pantai (JKKK). Pengerusi JKKK Kg Pantai ialah Othmad Bin Mahmud. Setelah diberitahu akan penubuhan Pusat Internet  Kg Pantai, Beliau telah bersetuju balai raya yang beliau gunakan dijadikan sebagai Pusat ICT kepada komuniti kampung. Pada Julai 2014 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Pantai dinaiktaraf sebagai Pusat Internet  fasa 1(X) dan telah diubahsuai dari segi bangunan dan peralatan yang semakin canggih mengikut peredaran semasa .Bermula dari Pusat Internet  Kg Pantai ditubuhkan pada 1 April 2009 sehingga 2017, PI1M telah memiliki keahlian seramai 1642 orang dan 27276 orang pengunjung.

         PEDi Kg Pantai telah memberi kemudahan ICT kepada komuniti setempat kepada semua golongan tidak kira tua atau muda.PEDi Kg Pantai juga banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada golongan-golongan yang kurang pengetahuan mengenai ICT dan sehingga kini, PEDi Kg Pantai telah dikenali di semua peringkat umur bagi kemudahan-kemudahan yang disediakan dan melalui aktiviti-aktiviti yang telah diadakan.PEDi Kg Pantai juga memberi kemudahan kepada warga asing yang datang melancong ke pulau perhentian untuk menggunakan kemudahan ICT yang disediakan, PEDi Kg Pantai sering bekerjasama dengan komuniti khususnya JKKK Kg Pantai dan agensi yang lain dalam memberi bantuan kepada komuniti setempat dalam mengisi permohonan online dan dalam pelbagai aspek kemasyarakatan  antara komuniti setempat.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :

-Meningkatkan kadar penebusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan

-Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

-Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan.

-Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi computer dan internet.

-Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

- Penggunaan PC

- Internet dengan kelajuan 100Mbps

- Wifi Indoor Percuma

- Printing/Fotostat

- Bantuan Pengisian Borang Online

- Daftar SSM/Perbaharui SSM

 

LATIHAN / BENGKEL YANG DISEDIAKAN :

- Latihan ICT/Asas Internet

- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)

- Destop publishing (Microsoft Office)

- Latihan Keusahawanan

- Latihan Multimedia

- E-Pembelajaran

- Latihan Pemasaran, Pembangunan Perniagaan, Pembungkusan Dan Modul Lain Yang Penting Bagi Usahawan Mikro

- Program Kesedaran Serta Penglibatan Komuniti Sebagai Usaha Ke Arah Meningkatkan Taraf Sosioekonomi Dan Memperkasakan Modal Insan

 

 JUMLAH KEAHLIAN:

PEDi Kg Pantai telah membuka keahlian kepada komuniti sejak mula beroperasi pada tahun 2009. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Kg Pantai bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah seramai 1972 Orang.

 

Jumlah Ahli Tahun 2023 = 39 Orang

Jumlah Keseluruhan Ahli sehingga Tahun 2023 = 1972 Orang

 

 

 KENALI PETUGAS PEDi :

Untuk menjadi petugas PEDi Kg Pantai, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi Kg Pantai. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

 

 

PENGURUS

m

 

Nama : Nor Suniza Binti Abdul Rashid

Mula berkhidmat : 08 Januari 2009

 

 

 PENOLONG PENGURUS

am

 

Nama : Siti Nor Fatin Binti Ahmad

Mula berkhidmat : 02 Jun 2022