Pusat Internet  (PI) Kg Pantai Kuala Besut, Terengganu mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Internet  merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama oleh TM BHD dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat beberapapa fasa dalam menjayakan projek ini iaitu Fasa 1 (x), Fasa 2, Fasa Felda, Fasa 4, Fasa 5, Fasa 6 dan Fasa 7 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Sehingga tahun 2014, hampir 300 lebih Pusat Internet  telah diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pusat Internet  (PI) dibawah bajet 2013 merupakan satu program dimana pihak SKMM akan menyediakan capaian Internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan program perumahan rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara. Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provider) selama 3 tahun. Perkhidmtan yang disediakan adalah capaian internet berkelajuan tinggi, perkhidmatan wifi bagi penduduk sekitar. Kemudahan yang disediakan ialah 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, laminate, binding, Program Latihan ICT percuma dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus. pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pusat Internet bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tiada bayaran yang dikenakan keatas program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus Pusat Internet yang berhampiran untuk keterangan lanjut berkaitan Pusat Internet  Kg Pantai.

Antara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Kg Pantai adalah :

1. 20 buah komputer disediakan kepada pengguna dan

   dilengkapkan dengan kelajuan internet yang berkelajuan tinggi iaitu 8 mbps.

2. Perkhidmatan mencetak, scan, fotostat, binding dan laminate.

3. Kelas/ Bengkel ICT secara percuma dan sijil disediakan kepada komuniti

4. Bimbingan dan nasihat berkaitan ICT.

5. Format E-book, Netbook, dan Laptop dengan harga yang berpatutan.

6. Rm 5.00 untuk pendaftaran ahli Pusat Internet 1Malaysia bagi seumur hidup

7. Kemudahan Wifi kampung tanpa wayar selama 24 jam di beberapa kampung yang terpilih

8. Menyediakan perkhidmatan yang istimewa kepada ahli Pusat Internet iaitu Pinjaman Netbook Kepada Ahli      Pusat Internet .

9. Pemeriksaan tekanan darah secara percuma disediakan.

       10.Penimbang berat badan disediakan kepada pengguna secara percuma.

       11.Caj perkhidmatan komputer secara percuma kepada Pelajar, Warga emas dan Orang Kelainan                        Upaya.

 

v  Caj penggunaan komputer RM 1.00 selama 1 jam

 

v  Penggunaan Internet secara percuma selama 1 jam sehari kepada Ahli Baru  selama 90 hari.

  

    OBJEKTIF PENUBUHAN

 

v  e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)

v  e-Pembelajaran (e-Learning)

v  Pengumpulan dan pertukaran maklumat

v  Pusat Komunikasi

v  Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

v  Pusat peperiksaan dan persijilan.

v  Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar    Kebangsaan

v  Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

v  Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan

v  Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

v  Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia

 

VISI

Menjadikan Pusat Internet sebagai Pusat Sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaiktaraf sosio ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

Membangunkan Kompetensi sumber manusia Pusat Internet  dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.

Pengwujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu kearah pencapaian visi

Penggunaan teknologi (perkakasan,aplikasi dan infrastruktur) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti

Jumlah Ahli Pusat Internet Kg Pantai

 Ahli Lama 1720
 Ahli Baru Bulan Februari  7
Keseluruhan Pada Februari 2017 1727

Wifi Komuniti (WK)

1.Apakah itu Wifi Komuniti

Wifi Komuniti adalah perkhidmatan internet jalur lebar asas yang disasarkan pada kawasan-kawasan luar bandar yang tiada atau kurang perkhidmatan komunikasi. Ia dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak-pihak pemberi perkhidmatan.

2. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Wifi Komuniti

Perkhidmatan Wifi Komuniti terbuka kepada semua orang.

3. Berapa luaskah hotspot Wifi Komuniti?

Capaian Wifi Komuniti secara puratanya boleh menjangkau sehingga 200 meter. Namun jarak keberkesanan isyarat wifi boleh dipengaruhi halangan-halangan seperti bangunan atau pokok,yang mana akan mengurangkan jarak capaian isyarat wifi.

5. Bagaimanakah cara membuat aduan sekiranya terdapat gangguan pada perkhidmatan Wifi Komuniti?

Pada setiap lokasi Wifi Komuniti ada disediakan papan tanda yang menunjukkan nombor talian bantuan pihak pemberi perkhidmatan yang boleh dihubungi secra terus untuk membuat sebarang aduan.

6. Mengapakah perkhidmatan Wifi Komuniti saya terlalu perlahan?

Perkhidmatan Wifi Komuniti  dibekalkan dengan capaian inetrnet kolektif, bermakna talian yang dibekalkan di kongsi dengan pengguna-pengguna lain. Sekiranya ada ramai pengguna pada satu masa,kesesakan talian akan berlaku dan kesannya membawa pada sambungan internet yang perlahan. Ini adalah satu perkara yang normal.

Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap atau berterusan terlalu lama,silalah membuat aduan untuk membolehkan pemberi perkhidmatan membuat pemeriksaan.

Projek Wifi Komuniti  (WK) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi merapatkan jurang digital oleh Kementerian Penerangan, Kominikasi dan kebudayaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Projek WK menyediakan kemudahan sambungan Internet tanpa wayar di kawasan yang bersesuaian dalam kampung terpilih bagi memudahkan penggunaan jalur lebar untuk penduduk di kampung tersebut. Penduduk kampung dapat mengakses internet dengan kelajuan 2Mbps dalam likungan jarak sekitar 200 meter. Kebanyakannya menggunakan teknologi ADSL atau VSAT.

                Pelaksanaan WK mempunyai matlamat yang penting dan bermakna dalam arus membangunan negara ke arah status negara maju. KTW ini mampu menyediakan kemudahan internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk dinikmati bersama sekaligus dapat merapatkan jurang digital di antara penduduk Bandar dan luar Bandar. Pengaktifan kata laluan dan password Wifi Komuniti (WK) boleh didaftarkan melalui Telefon Pintar anda setelah wifi diaktifkan pada telefon pintar.

Objektif Kampung Wifi Komuniti 

Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati faedah perkhidmatan Internet jalur lebar, meningkatkan kadar penembusan penggunaannya serta merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar Bandar. Salah satu program yang dilaksanakan oleh SKMM di bawah Inisiatif Jalur Lebar Nasional (NBI) dan dibiayai menerusi Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat dan dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan yang terpilih. Usaha ini membolehkan rakyat di kawasan-kawasan luar bandar dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT sepertimana mereka yang berada di bandar sebagai mangkin untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan mewujudkan nilai ekonomi sama ada bagi isirumah, pelajar, wanita dan warga emas. Usaha merapatkan jurang digital ini merangkumi segala aspek ICT iaitu kemudahan komunikasi seperti telekomunikasi, Internet, maklumat, perisian dan perkakasan multimedia.

Kemahiran dalam bidang ICT boleh membantu matlamat penduduk tempatan untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan itu, menjana ekonomi serta kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan khususnya dalam melahirkan generasi digital. Peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri.Walaupun nampak kecil, pelaksanaan Kampung WiFi mempunyai matlamat yang penting dan bermakna dalam arus membangunkan negara ke arah status negara maju. Langkah ini dilihat kelak akan memberi lonjakan kepada penembusan jalur lebar di kawasan kampung dan di luar bandar seterusnya merapatkan jurang digital. Kampung WiFi ini ternyata dapat Menyediakan kemudahan Internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk dinikmati bersama.

Wifi Komuniti dibawah seliaan PI1M KG PANTAI ialah :

Kampung Pantai

Kampung Gertak Seratus

Kampung Alor Teratai

PROSES PENDAFTARAN WIFI KOMUNITI

CARA-CARA PENDAFTARAN WIFI KOMUNITI

Pastikan anda berada di lingkungan hotspot WK

   Hidupkan fungsi WiFi di peranti anda

   Pilih isyarat WiFi dengan nama bermula WK

Klik ikon internet dan anda akan dibawa ke laman sesawang WIFI KOMUNITI

 Daftar dengan melengkapkan maklumat yang berkaitan

(Pengguna baru sahaja pengguna yang telah berdaftar boleh terus log in menggunakan ID & kata laluan yang telah didaftarkan)

 ID dan kata laluan akan terus diaktifkan dan sedia untuk diguna

Kenali Petugas PI1M:

Untuk menjadi petugas Pi1M, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pi1M. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami 

 PENGURUS

NOR SUNIZA BT ABDUL RASHID

 

PENOLONG PENGURUS

 AZNURAIHAN BT MOHAMAD AZMI