mobileewaste

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB) dan syarikatperkhidmatan telekomunikasi, melancarkan program Mobile e-Waste: Old Phone, New Life pada 12 Ogos 2015. Program yang dilancarkan oleh YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melupuskan secara selamat dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat tempoh hayat, tidak digunakan atau yang tidak diingini lagi, ke arah memupuk budaya 3R (reduce, reuse and recycling) di Malaysia.

Melalui program ini, orang ramai boleh melupuskan peranti mudah alih yang rosak dan usang seperti ‘pendrive’, kamera digital, telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan phablet termasuk pengecas dan aksesori yang tidak lagi digunakan di 72 kedai telekomunikasi di seluruh negara yang menempatkan sebuah kotak pengumpulan Mobile E-Waste. Untuk maklumat lanjut mengenai kedai telekomunikasi yang menyertai program ini dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Mobile E-Waste, sila layari http://mobileewaste.mcmc.gov.my.