LATIHAN E- PEMBELAJARAN (E-TUISYEN SAINS)
TARIKH : 13 MEI 2023 MASA : 3:30 PTG - 4:30 PTG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : SEORANG KATEGORI : PELAJAR SEK REN |
Tujuan
- Memperkenalkan sistem pembelajaran norma baharu untuk para pelajar menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek sains secara dalam talian.
Aktiviti
Pelajar dilatih menjawab soalan sains dengan bantuan tutor. Pelajar juga diberi peluang untuk memberi jawapan yang telah dijawab dan sama-sama berbincang mengenai soalan yang telah diberikan.
LATIHAN KEUSAHAWANAN (RENEW LESEN SSM)
TARIKH : 26 MEI 2023 MASA : 9:00 PG - 11:00 PG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : SEORANG KATEGORI : USAHAWAN |
Tujuan
- Melatih ushawan untuk memperbaharui lesen perniagaan yang telah tamat tempoh.
Aktiviti
- Usahawan telah mendaftar masuk ke laman web SSM kemudian harus mengisi maklumat perniagaan seperti nombor daftar niaga. Kemduain usahawan boleh memilih untuk membuat bayaran bagi berapa lama tempoh yang ingin diperbaharui sama ada setahun, tiga tahun atau 5 tahun sekaligus. Disini juga disertakan jumlah bayaran yang perlu dibayar mengikut tempoh yang dinyatakan.
LATIHAN KEUSAHAWANAN (MARKETPLACE)
TARIKH : 26 MEI2022 MASA : 3:00 PTG - 5:00 PTG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : SEORANG KATEGORI : USAHAWAN |
Tujuan
- Menggalakkan usahawan untuk membuat pembelian atau jualan atas talian menggunakan platfom Marketplace.
Aktiviti
- Usahawan telah memuatnaik gambar jualan yang ingin dijual dengan meletakkan maklumat barang jualan tersebut, seperti keadaan baju, saiz, warna beserta harga baju tersebut.
MICROSOFT OFFICE (MICROSOFT PUBLISHER)
TARIKH : 26 MEI 2023 MASA : 11:00 PG - 1:00 PTG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : SEORANG KATEGORI : USAHAWAN |
Tujuan
- Usahawan berusaha mencipta flyers untuk melariskan lagi barang jualannya.
Aktiviti
Usahawan telah mereka cipta flyers sendiri untuk mengembangkan jualan tat nenas nya. Flyers ini kemudian diedarkan dan diletakkan di dalam balang tat nenas sebagai cara mempromosikan jualan.
PEPERIKSAAN SPNT (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU) SECARA ONLINE
TARIKH : 11 MEI 2023 MASA : 10:00 PG - 12:00 TGHR LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : 2 ORANG KATEGORI : BELIA |
Tujuan
-
-
- Peperiksaan SPNT untuk calon yang layak.
-
Aktiviti
-
-
- Memberi pendedahan kepada belia tentang peperiksaan jawatan SPNT secara dalam talian. Peperiksaan tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu seksyen Matematik dan Bahasa Inggeris. Peserta dikehendaki untuk menjawab semua soalan dalam tempoh 1 jam 45 minit.
-