Berikutan kepada penularan Virus Covid-19 yg semakin berleluasa sehingga ke hari ini, orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan bagi mencegah penularan wabak jangkitan COVID-19.

Pastikan anda mendapat info yang secukupkan berkaitan wabak COVID-19 seperti gejala penyakit dan cara mencegah sebelum terlambat. Sentiasa membasuh tangan anda dengan sekerap yang mungkin.

#COVID19
#KKM
#MCMC
#PUSATINTERNET

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1.tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat         asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2.bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3.sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4.membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5.memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6.membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

 

 

 

 

KLINIK 1 MALAYSIA KUALA BESUT

 

Klinik 1Malaysia merupakan sebuah projek klinik yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Flet Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Perasmian 50 klinik 1 Malaysia di seluruh Malaysia memberi makna besar tanggungjawab kerajaan kepada penduduk miskin di Malaysia.

Kehadiran klinik ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. 50 buah klink dibuka dengan peruntukan RM10 juta - Bajet 2010.

48 daripada 50 klinik 1Malaysia telah beroperasi. Bayaran hanya RM1 sahaja. Ia dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang dahulunya dikenali sebagai HA/MA. Kerajaan membenarkan PPP memberikan ubat bagi sakit yang ringan. Antaranya ialah demam, batuk dan menjalani pemeriksaan darah dan tahap kandungan gula.

Pengerusi lembaga pemegang amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar menyatakan rakyat semakin yakin terhadap klinik 1Malaysia. Ia dibuka tujuh hari seminggu dari 10 pagi hingga 10 malam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican menyatakan penduduk bandar yang miskin berpuas hati dengan klinik ini .Akta Perubatan 1971 membenarkan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) dan jururawat menjalankan prosedur surgeri kecil dengan menggunakaan alat surgeri spesifik. Pesakit kini boleh menukar kateter tiub pundi kencing atau membalut luka akibat kecederaan di rumah, sekolah dan di tempat kerja.

Klinik 1Malaysia tidak bertujuan merampas fungsi klinik swasta. Hanya terdapat 3-4 klinik ini di setiap negeri. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia Mohd Yusof Abdul Rahman berpendapat klinik 1Malaysia amat wajar bagi tujuan penjagaan kesihatan golongan miskin bandar.

Klinik 1Malaysia ditempatkan di kawasan perumahan mereka, tidak lagi perlu berkenderaan ke Klinik-klinik Kesihatan yang jauhnya sehingga 10 kilometer dari rumah. Ia dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk cuti sekolah atau perayaan, .

Klinik dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan segala kemudahan dan bekalan ubat sentiasa mencukupi.Kes-kes yang di luar bidang perkhidmatan penolong pegawai perubatan atau kes-kes yang perlu dilihat oleh pegawai perubatan akan dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Warganegara asing dikenakan bayaran sebanyak RM15.


Klinik 1Malaysia Kuala Besut  dibuka selepas yang pertama di buka di Besut Iaitu di Kampung Nyior Tujuh, Jertih. Klinik 1Malaysia dibuka pada 14 April 2013 dan dirasmikan oleh Allahyarham Dr A Rahman Mokhtarr.