Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam pelayaran ABDULLAH ke KElantan dan daripada buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji. oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut. Salah satu cerita mengenai asal nama Besut, kononya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa kerajaan Siam.

Mengikut salah satu cerita nama Besuttimbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Hal ini mungkin betulberdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini. Satu lagi cerita mengenai asal usul besut berdasarkan cerita kononya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang Raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggak dikawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan terdiri daripada orang PANGAN.

Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT, jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal daripada nama ketua orang PANGAN tersebut. Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatn MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN daripada  buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ai Haji.

(Sumber :http:sejarahbesut.com.my)

Asal usul dan Pengasas Kg Pantai

Menurut cerita daripada warga emas di kampung ini, dahulu Kampung Pantai dikenali sebagai Kampung Kuala Bedah dan selepas itu ditukar nama kepada KG Longel oleh seorang wanita bernama Mak Su. Menurut daripaada maklumat yang diperolehi, beliau berasal dari Dungun dan berulang alik daripada Dungun ke Kampung Longel bersama kakaknya untuk menjalankan perniagaan.

Menurut maklumat yang diperolehi juga kampung ini didiami oleh penduduk yang berasal dari luar terutamanya dari selatan Thailand dan ini menyebabkan banyak berlaku kes-kes pelacuran dan juga maksiat. Oleh kerana kampung ini banyak kali diserbu oleh Majlis Agama Islam, maka penduduk bersepakat untuk menukar nama kampung ini dari kampung Longel kepada Kampung Bunga demi untuk mengembalikan maruah dan membersihkan nama baik penduduk setempat.

Dalam lewat 80-an,nama kampung ini sekali lagi ditukar kepada Kg Pantai oleh Allahyarham Abd Aziz bin Abd Hamid yang ketika itu memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan. Nama Kg Pantai dipilih kerana lokasi kawasan ini yang terletak di persisiran pantai.

(Sumber:JKKK Kg Pantai dan Sumber Lisan)