USAHAWAN 1  - Chocojar Leleh Homemade

 

Nama        

:Nur Izzati Binti Mohamad Zain

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Nur Izzati Binti Mohamad Zain mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak tahun 2018. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, beliau telah mula menambah modal dan mempunyai banyak stok pakaian kanak-kanak dan beliau telah mula membuat promosi dan jualan secara live di platform facebook.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di Laman Sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Shopee untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM600 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10– 25 orang.

  

Celik IT- Mohd Zaki Bin Jaafar

Nama        

: Mohd Zaki Bin Jaafar

Umur

: 43 Tahun

Ahli

: 2023

 

Latar belakang

Mohd Zaki Bin Jaafar merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai. Beliau sering juga ke PEDi kerana berhampiran rumah beliau. Beliau merupakan seorang kurang upaya yang mengalami masalah pembelajaran sejak lahir.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula mengunjungi PEDi dan sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Beliau merupakan seorang AJK sukarelawan PEDi dan selalu membantu PEDi dalam setiap program yang diadakan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PEDi menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PEDi untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.

 

Celik IT- Siti Nor Fatihah Bt Mohd Jani

Nama        

: Siti Nor Fatihah Bt Mohd Jani

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Siti Nor Fatihah Bt Mohd Jani merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai. Beliau telah mula datang ke PEDi sejak masih bersekolah lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak mengunjungi PEDi kerana sering membuat kerja sekolah di PEDi. Beliau sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PEDi menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PEDi untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.