USAHAWAN 2  - Usahawan online Menjual dan  Membeli Emas Terpakai

Nama        

:Siti Rahayu Binti Ibrahim

Umur

: 36 Tahun

Ahli

: 2022

 

Latar belakang

Siti Rahayu binti Ibrahim mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan menjual dan membeli emas terpakai sejak tahun 2021. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, perniagaan beliau agak maju dan memberangsangkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM200 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di Laman Sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau akan membeli emas daripada kedai, individu atau ejen emas terpakai dan menjual kembali kepada pelanggan beliau dengan harga mengikut emas semasa tanpa mengambil upah. Beliau telah menggunakan platform Facebook dan WhatsApp untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM700 – RM1300 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang.

 

Celik IT- Nur Damia Husna Bt Rusman

Nama        

: Nur Damia Husna Bt Rusman

Umur

:13 Tahun

Ahli

: 2015

 

Latar belakang

Nur Damia Husna Bt Rusman merupakan seorang ahli Pusat Internet Kg Pantai. Beliau telah mula datang ke PI pada usia 10 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak mengunjungi PEDi kerana menemani ibunya dan membuat kerja sekolah di PEDi. Beliau juga ada menyertai program yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PEDi menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PEDi untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.

 

Celik IT- Nur Izara Ariyani Bt Azman

Nama        

: Nur Izara Ariyani Bt Azman

Umur

:10 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Nur Izara Ariyani Bt Azman merupakan seorang ahli Pusat Ekonomi Digital Kg Pantai. Beliau telah mula datang ke PEDi pada usia 6 tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berjinak mengunjungi PEDi kerana sering mengikut kakak dang abangnya. Beliau juga menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PEDi menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PEDi untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas.