USAHAWAN KECIL PERUNCITAN -PUAN MAS AYU BT SAIDI

Nama

: Puan Mas Ayu Bt saidi

Umur

: 38 tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Mas Ayu Bt saidi adalah seorang usahawan kecil peruncitan di Kg Kayu Kelat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Mas Ayu mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan runcit sejak tahun 2000 lagi. Beliau membantu keluarga beliau mengusahakan perniagaan ini sehingga dikenali ramai dan perniagaan beliau telah maju. Kedai beliau turut menjual bahan makanan mentah seperti ikan, ayam, sayur dan sayur-sayuran.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 80-150 orang sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh kampung di Kuala Besut yang mana mereka mengetahui Kedai Runcit milik keluarga beliau melalaui facebook tersebut.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 2500 - RM 3500.

 

USAHAWAN KECIL ONLINE -PRODUK KECANTIKAN V-CARE

Nama

: Puan Mas Azwa Bt Said

Umur

: 30 tahun

Ahli

: 2017

 

LATAR BELAKANG

Puan Azwa telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan online pada akhir tahun 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM250 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10 – 15 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM500 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

: Mohd Azrulhisham Bin Abd Aziz

Umur : 37 tahun
Ahli : 2009

 

Latar belakang

Mohd Azrulhisham merupakan seorang nelayan yang tinggal di Kg.Pantai. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI1M sejak mula penubuhan PI1M pada 2009 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mahir dan mempunyai pengetahuan asas sahaja tentang dunia ICT. Dia mula belajar menggunakan komputer seacra perlahan-lahan selepas kerap ke PI1M dan menyertai latihan asas komputer secara percuma.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI1M menggunakan computer. Beliau telah menyertai beberapa kelas asas pengenalan komputer dan Microsoft office. Beliau tidak dapat mengikuti kelas sepanjang masa kerana sebagai seorang nelayan, pekerjaan beliau tidak menentu masa dan ketika. Jika ada masa lapang dia sering ke PI1M untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah. Beliau telah menghadiri kelas suntingan imej, dan selepas tamat latihan beliau telah mahir menggunakan aplikasi tersebut.