USAHAWAN ONLINE 1 -PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN

Nama        

: Nik Suriani Bt Nik Saidi

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

Puan Nik Suriani mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2017 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM500  sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang membeli produk beliau adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 10 – 20 orang sahaja.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi produk kosmetik beliau.Kini beliau mempunyai ramai pelanggan  dari sekitar Kuala Besut / Kota Putera dan Jerteh di mana mereka mengetahui produk kecantikan dan kesihatan melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500 - RM 1500.

USAHAWAN ONLINE 2 -HOMEBAKERY

Nama        

:Nor Maslia Bt Mohamed

Umur

: 35 Tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Maslia telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan homebakery bermula pada tahun 2017

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk homebakery kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan produk pelbagai kek, biskut & dessert. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM400 – RM800 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 50 orang.

Celik IT- Siti Hajar Asyikin Bt  Nawai

Nama        

:Siti Hajar Asyikin Bt  Nawai

Umur

:18 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Siti Hajar Asyikin Bt  Nawai merupakan seorang pelajar lepasan sekolah. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI sejak tahun 2016 lagi.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1

Pertama kali dia mengunjungi PI semasa berumur 15 tahun. Pada masa itu, dia hanya mengetahui hanya asas penggunaan komputer sahaja seperti membuka aplikasi youtube dan menaip kerja sekolah menggunakan aplikasi Microsoft office. Dia mula belajar menggunakan pelbagai aplikasi selepas kerap ke PI dan menyertai bengkel komputer secara percuma. Daripada situlah dia mula belajar dengan lebih serius.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal asas computer, dia telah mampu menggunakan pelbagai aplikasi seperti Microsoft office publisher yang digunakan menghasilkan risalah, kad ucapan, kad perniagaan dan sebagainya. Dia juga sering melihat youtube, bermain atas talian dan mendengar lagu. Jika ada masa lapang dia sering ke PI untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.